Posts

Showing posts from February, 2018

PENGALAMAN KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS).

Image
Pada 01 Februari 2018 tempoh hari aku pergi ke Universal Studio Singapore (USS) memandangkan masing-masing sedang bercuti dan ada kelapangan untuk ke sana. 


Sebenarnya daripada tahun lepas lagi isteri aku dah ajak ke sana haha tapi itulah belum berkesempatan. Lagipun masa tu sedang sibuk urus itu ini kan. Biasalah baru nak mulakan hidup baru gitu. 



Boleh ke sini untuk tempahan pakej USS seperti yang kami ambil: http://pakejuss.com/p/pakej-uss.html (En. Farid).




31 Jan 2018 (Rabu) - Kami check-in ke Tropical Inn Hotel pada jam 3.00 petang. Untuk makluman, Tropical Inn Hotel ini sangatlah dekat dengan pusat membeli belah seperti City Square Johor Bahru dan KOMTAR Johor Bahru. 


Pemandangan dari bilik kami (Tingkat 21) sangatlah cantik dan mendamaikan lagi-lagi pada waktu malam. Nampak banyak sangat lampu-lampu area Johor Bahru. Dari bilik ini juga anda boleh nampak imigresen Johor Bahru. Pagi-pagi bangun pulak memang sejuk yang amat pasal kami set aircond yang paling sejuk sekali haha. (Padah…