Skip to main content

CARA BUKA AKAUN SEMASA CIMB & MAYBANK UNTUK SYARIKAT PADA TAHUN 2018


Salam,

Baru-baru ni kami nak buka akaun semasa (Current Account) CIMB dan juga MAYBANK untuk pembukaan syarikat baru. Berikut adalah prosedur yang anda boleh ikut dan sangat mudah sahaja.
Untuk CIMB:
Buat masa sekarang dah tak perlu rupanya nak ke Bank untuk buka akaun semasa syarikat CIMB. Semuanya buat melalui online sahaja.

Link untuk buka CIMB Islamic : http://cimbislamic.com.my/onlinebcai

Untuk Enterprise (Perniagaan), pilih pilihan berikut:
1. Micro SME
2. Modal Berbayar RM0.00
3. Tidak perlukan introducer.
4. Selepas selesai isi maklumat di web http://cimbislamic.com.my/onlinebcai, anda akan dapat emel daripada CIMB untuk hantar maklumat ke cawangan terdekat.
5. Selepas di panggil untuk ke CIMB pastikan anda sediakan deposit sebanyak RM3,000.00 untuk akaun semasa CIMB Islamic. Jika untuk akaun semasa CIMB konvensional hanya RM1,000.00 sahaja deposit diperlukan.
6. Jangan lupa untuk request Cheque Book (jika diperlukan).
7. Request sekali untuk buka akaun CIMBClicks dan CIMBBizLite (akan diterangkan oleh pihak Bank).
8. Anda akan diberikan kad debit untuk akaun semasa CIMB.

Untuk Sdn Bhd (Syarikat):
1. Dapatkan resolution daripada setiausaha syarikat untuk buka akaun.
Image result for maybank

Untuk MAYBANK:
Manakala akaun semasa Maybank perlulah meminta borang di kaunter Bank berhampiran kawasan anda untuk buka akaun. Lengkapkan butiran yang diperlukan dan jangan lupa bawa :

Untuk Enterprise (Perniagaan),

1. Borang bank - Lengkapkan
2. Borang 24
3. Borang D
4. Kad pengenalan
5. Cop rasmi syarikat (Wajib ada NAMA SYARIKAT dan NO. SSM, Alamat tak wajib)
6. Deposit sebanyak RM2,000.00 (Selepas pengesahan sudah di buat)
7. Introducer yang mempunyai akaun dengan Maybank selama 1-2 tahun dan transaksi aktif 6 bulan paling terkini. (Hanya perlu dapatkan tandatangan dan cop Introducer sahaja)
8. Request sekali untuk Maybank2u.
9. Kad debit untuk akaun semasa MAYBANK tidak disediakan atau memang TIDAK ADA.

Untuk Sdn Bhd (Syarikat):
1. Dapatkan resolution daripada setiausaha syarikat untuk buka akaun.

Jika ada sebarang info tambahan saya akan update dari semasa ke semasa. Sekian.

Comments