PENGALAMAN KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS).

Pada 01 Februari 2018 tempoh hari aku pergi ke Universal Studio Singapore (USS) memandangkan masing-masing sedang bercuti dan ada kelapangan untuk ke sana. 



Sebenarnya daripada tahun lepas lagi isteri aku dah ajak ke sana haha tapi itulah belum berkesempatan. Lagipun masa tu sedang sibuk urus itu ini kan. Biasalah baru nak mulakan hidup baru gitu. 




Boleh ke sini untuk tempahan pakej USS seperti yang kami ambil: http://pakejuss.com/p/pakej-uss.html (En. Farid).





31 Jan 2018 (Rabu) - Kami check-in ke Tropical Inn Hotel pada jam 3.00 petang. Untuk makluman, Tropical Inn Hotel ini sangatlah dekat dengan pusat membeli belah seperti City Square Johor Bahru dan KOMTAR Johor Bahru. 



Pemandangan dari bilik kami (Tingkat 21) sangatlah cantik dan mendamaikan lagi-lagi pada waktu malam. Nampak banyak sangat lampu-lampu area Johor Bahru. Dari bilik ini juga anda boleh nampak imigresen Johor Bahru. Pagi-pagi bangun pulak memang sejuk yang amat pasal kami set aircond yang paling sejuk sekali haha. (Padahal lupa nak ubah sebab semua dah tertidur) K sumpah jakun sebab dah lama tak pergi hotel. Haha.




Review untuk Torpical Inn Hotel :















(Pemandangan luar dari Tropical Inn Hotel)

1. Bilik yang sangat luas. Masa mula-mula masuk tu macam tak percaya betapa luasnya bilik dia. Kami ambil bilik yang ada 2 set queen bed memandangkan kami berempat. Boleh tengok Deluxe Quad Family. Ada ruang tamu untuk bilik jenis ni. 

2. Harga yang sangat-sangat berpatutan. Aku, bini aku, adik ipar lelaki 2 orang seramai 4 orang dan harga untuk 1 malam adalah RM261.35. Kami di Tropical Inn Hotel selama 3 hari 2 malam. Jadi kos keseluruhan adalah RM522.70 termasuk 6.6% GST dan 10% Servis Hotel. Perabot so far adalah perabot lama but who cares as long as kita selesa dan harganya adalah berpatutan memandangkan hotel ni terletak di tengah-tengah bandar macam yang kami cakap tadi. Hehe.

3. Pada jam 7.15AM kami sudah turun ke bawah untuk menikmati sarapan. Oh ya, pakej hotel yang kami ambil ni siap sekali dengan pakej sarapan untuk 4 orang tau. Jadi sangatlah berbaloi. Untuk menu sarapan, berbeza ikut hari. Ada hari yang dihidangkan nasi lemak, ada yang dihidangkan nasi goreng. 
*Nota : i) Nasi lemak Tropical Inn Hotel sangatlah sedap!
             ii) Untuk servis Grabcar dari Tropical Inn Hotel ke City Square JB hanyalah RM4.00.

01 Februari 2018 (Khamis) -  Kami tunggu di stesen minyak Shell berdekatan (3 minit berjalan). Bas ambil kami pada jam 7.45AM. Kami naik tu ingatkan kami sahaja yang ada, sekali ramai gila dah dalam bas haha. Memang ngam-ngam tempat duduk dalam bas untuk kami berempat sahaja. Sebab bas pick up penumpang dari Danga Bay sebelum bergerak ke Tropical Inn. Anggaran dalam 30-40 orang juga dalam satu bas nak ke USS.

8.30 AM - Kami sampai di Kastam JB untuk pemeriksaan seperti biasa. Pastikan anda bawa passport perjalanan dan surat masuk Singapore (Surat masuk ini akan diberikan oleh ejen yang korang pilih). Dalam 30 minit je selesai then kami turun semula ke bawah untuk ke platform bas yang mula-mula kami naik tu. PENTING ! Pastikan kita ingat no plat bas supaya tak tersalah bas. 

9.00 AM - Kami baru nak melepasi jambatan antara Malaysia dan Singapura. Dekat sini sahaja dah makan masa dalam 20 minit. Sangatlah sesak dan sangatlah ramai nak masuk Singapura memandangkan hari tu pun hari bekerja.


9.50 AM - Kami sampai di tempat parkir bas USS. Driver bas dah ingatkan dah turun semula dari USS pada jam 5.50PM supaya cepat balik ke Kastam JB (Malaysia). Kami dah tak sabar dah ni nak ke USS kemudian terus naik ke atas. Bila dah sampai depan USS tu terus keluar "WOW!" haha. Almaklumlah ini kali pertama kami ke USS. Kami pun bergambar lah macam biasa depan globe Universal Studio Singapore tu.


10.00AM - Pesanan kami, selepas dah tangkap gambar tu cepat-cepatlah beratur depan pintu masuk USS tu sebab boleh jadi sangat ramai dan sesak. Nanti lambat pulak nak beratur untuk main permainan dalam USS. Untuk makluman pembaca, kami pergi pada bulan Februari ni dan kami tak tahu yang negara China sedang cuti sebulan untuk sambut Hari Raya Cina. Jadi, masa kami nak masuk tu tersangatlah ramai orang dari China dalam USS. Yang beratur untuk main permainan dalam USS pun ramai orang dia. Jadi, kesabaran pada hari itu sedikit teruji memandangkan buat research habis baik dah nak pergi weekday supaya tak ramai orang, sekali jadi lain daa. Haha.

10.10AM - Dalam ni ada tujuh theme park yang perlu korang habiskan main dari pukul 10am - 6pm. Rasa-rasa? Haha. Tu tak termasuk kena beratur lama lagi. Kami dah mula beratur untuk main permainan TRANSFORMERS The Ride. Ingatkan taklah lama sangat nak tunggu giliran untuk bermain. Rupa-rupanya hampir 1 jam 30 minit kami tunggu giliran (read as beratur) hingga 11.40AM. Dah lah kena berdiri pulak tu haha. Memang padanlah muka pasal tak tahu menahu pasal China cuti selama sebulan tu. Tapi penantian selama 1 jam tu bila dah tiba giliran kami memang sangat-sangatlah berbaloi. Rasa macam nak ulang main lagi je lepas tu haha. Jangan lupa ambil spek 3D yang disediakan tau. 

12.00AM - Kami mula beratur untuk naik Roller Coaster Battlestar Galactica : CYLON. Dalam theme park Sci-Fi City ni ada dua jenis roller coaster iaitu HUMAN dan CYLON. Bezanya HUMAN ni kaki korang dalam roller coaster tu tapi CYLON pulak, kaki korang terjuntai-juntai gitu. Korang boleh nampak bawah! Tempoh menunggu giliran untuk permainan ni dalam 1 jam juga. Jadi dalam 1.00PM baru kami dapat naik. Untuk makluman pembaca, seeloknya kalau korang baru kali pertama naik Roller Coaster janganlah naik CYLON ni, naiklah dulu HUMAN punya versi. Team MV kami hampir muntah sebab tak tahan betapa gilanya pusingan roller coaster CYLON ni haha. Masa beratur tu dia dah siap bagitahu akan ada 5 kali pusingan upside-down jadi bersedialah untuk segala kemungkinan. Haha. 

*Nota : Sebelum naik Roller Coaster CYLON atau HUMAN, seeloknya korang siap-siap kumpul semua handphone/smartphone/kad/devices atau apa-apa yang dalam poket depan. Kemudian simpan semua ke dalam locker berdekatan. Untuk 55-60 minit pertama penyimpanan dalam locker adalah PERCUMA. 20 minit seterusnya barulah kalian bayar $4.00 (RM12.00 current rate). Sebab memang tidak dibenarkan untuk bawa naik ke Roller Coaster dan anda akan di scan sebelum naik.

1.07 PM - Kami turun dari Roller Coaster tapi kami dah terlebih dari waktu penyimpanan percuma, jadi kami bayar $4.00 untuk buka kunci locker. (Pastikan bawa wang kecil $2, $4, $5 sebab tiada refund jika bayar lebih ke mesin locker melainkan ada person incharge dekat situ.)

Lepas dah turun Roller Coaster ni kami dah pening gila tak tahan haha. Boleh jadi sebab masing-masing dah kelaparan kan. Jadinya kami singgah ke restoren terdekat. Kami pergi ke Oasis Spice Cafe (Indian Favorites as Mutton Masala, Nasi Briyani) Kami pun melantak Nasi Briyani Mutton. Sedap uiii. Harga pon boleh tahan haha. Untuk 1 set Nasi Briyani berlauk harganya $15.00. Janganlah sesekali anda cuba untuk membayangkan harga jika ditukar ke currency MYR takut nanti hilang selera makan haha. Anggaplah macam makan harga RM15.00 sepinggan haha. Keseluruhan kos makan kami (4 Tim MV) adalah $83.50. Bagi kami ianya sangat berbaloi sebab portion makan yang sangat banyak siap air yang sedap. Nak makan pakai tangan pun tiada masalah. Oasis Spice Cafe ini siap menyediakan sinki basuh tangan. Selesa bukan?

*Nota : Oasis Spice Cafe terletak berhadapan dengan Ancient Egypt punya tugu Firaun tu. Dan sebelah dia adalah Restrooms (tandas). Untuk makluman, tandas ini sahaja setakat ini yang kami jumpa ada tandas cangkung dan pili air. Tandas belah kiri sekali. Jadi mudah untuk kaum Muslim untuk membersihkan diri (cebuk). Surau juga berhadapan sahaja dengan Oasis Space Cafe ini. Bersebelahan Roller Coaster.
2.00 PM - Selesai sahaja solat, kami terus masuk ke Ancient Egypt untuk permainan Revenge of The Mummy. Tempoh menunggu juga hampir 50 minit. 2.50PM baru kami dapat naik. Nak masuk pun seram jugak sebab gelap dan banyak tengkorak dan patung-patung Firaun dan rakan-rakannya. Untuk makluman, roller coaster ni korang akan naik dalam gelap. Memang tak nampak apa melainkan korang dengar orang menjerit-jerit je haha!

*Nota : Di sebelah pintu masuk Ancient Egypt juga ada disediakan locker untuk kita simpan barang. Anda WAJIB simpan ke dalam locker sebelum main permainan Revenge of The Mummy ini. Konsepnya sama juga seperti Roller Coaster di Sci-Fi City tadi cuma tidaklah seram macam CYLON haha. 

3.00 PM - Kami menuju ke theme park The Lost World untuk menyaksikan pertunjukan WaterWorld selama 20 minit. Sangatlah best dan mengkagumkan cara diorang berlakon. Show ni lebih kurang macam dekat A Famosa Safari World Melaka tapi serius lagi best. Haha. 

3.30 PM - Kami bercadang nak naik raft di Jurassic Park Rapids Adventure tapi pekerja situ dah maklumkan siap-siap pada kami tempoh menunggu dalam 1 jam 30 minit. Haha nampak tak betapa lamanya nak tunggu bila ramai orang. Kami rasa macam nak sahaja beli Tiket Universal Express berharga $70.00 memang sekejap gila beratur. Anggaran tempoh menunggu 1 permainan dalam 1 jam boleh jadi 5-10 minit sahaja dengan Tiket Universal Express ini. Anda akan dipakaikan bracelet jadi tak perlu dah nak menunggu lama. Best kan?

4.00 PM - Jadi kami cancel permainan di Lost World, kami ke theme park Far Far Away (Istana Shrek & Fiona). Dekat sini boleh tahan banyak pertunjukan theater. Ada Donkey, Shrek dan lain-lain. Kami pilih scene Shrek. Boleh tahan seronok sebab kami diberikan spek 3D. Dan yang paling bestnya kerusia dia siap bergerak-gerak weh beserta fungsi air, angin dan sebagainya. Sangatlah teruja dan seronok lagi-lagi bawak anak kecil ke sini. 

4.30 PM - Kami naik Madagascar: A Crate Adventure untuk last trip. Ini adalah untuk kanak-kanak sebenarnya dan tak perlu beratur panjang. Tempoh menunggu dalam 5 minit sahaja hehe. 

5.00 PM - Kami pusing-pusing USS dan menuju ke kedai cenderamata. Bila masuk tu tak tahu nak beli apa sebab semuanya cantik-cantik tapi duit pula tak bawa banyak jadi kami perlu pilih mana yang terbaik. 


*Nota: Harga baju Jurassic Park, Transformers dan lain-lain : $30.00 - $35.00 sehelai. Sangat kami rekemen untuk anda beli sebab sangatlah cantik dan kain sangat sedap. 
Harga cawan : $12.00 - $18.00 secawan.

5.50 PM - Kami turun ke bas dan pulang semula ke Johor Bahru.


INFO HARGA TIKET : 

1. Tiket biasa USS : $75.00 (RM220.00)
    Tambang Bas pergi balik berdasarkan ejen kami : RM30.00

2. Tiket Universal Express USS Unlimited : $70.00 (RM210.00)
Tiket ini membolehkan anda bermain sepuas-puasnya tanpa perlu menunggu terlalu lama sehingga 1-2 jam dan nak main banyak kali pun tiada masalah.
Tiket ini hanya boleh didapati bila anda dah sampai ke USS. Ada pekerja yang menjualnya di hadapan setiap pintu masuk setiap permainan.

3. Tiket Universal Express USS One-Time : $30.00 - $50.00 (RM150.00 Max)
Tiket ini membolehkan anda bermain satu sahaja permainan tanpa perlu beratur panjang.
Tiket ini hanya sah digunakan sekali sahaja di lane Universal Express untuk setiap satu permainan. 

Sekian.

Comments